Aplikasi GIS dalam penaksiran risiko gelinciran tanah (LRA): Kajian kes bagi kawasan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Rodeano Roslee, . and Tajul Anuar Jamaluddin, . and Mustapa Abd. Talip, . (2011) Aplikasi GIS dalam penaksiran risiko gelinciran tanah (LRA): Kajian kes bagi kawasan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 57. pp. 69-83. ISSN 2637-109X

[img] Text
702001-100359-PDF.pdf

Download (875kB)

Abstract

Kertas kerja ini memperkenalkan konsep penaksiran risiko gelinciran tanah (LRA) yang bertujuan untuk membangunkan sebuah model yang komprehensif dan bermanfaat kepada pihak-pihak berkepentingan dan sesuai digunakan dalam keperluan tempatan. Bagi mencapai matlamat ini, pertama, sebuah pengkalan data semi-kuantitatif telah dibangunkan melalui rujukan yang ekstensif, kerja lapangan dan kerja makmal. Ini termasuklah kompilasi data sekunder, kajian penderiaan jauh, pemetaan geologi kejuruteraan, pencerapan pencirian parameter bencana serta menjalankan ujian mekanik tanah dan batuan. Kedua, adalah untuk menetapkan kriteria bagi pengenalpastian bencana gelinciran tanah. Sebanyak tujuh parameter yang berkaitan telah diambilkira; iaitu litologi, fitur geodinamik, keadaan cerun, hidrologi/hidrogeologi, jenis guna tanah, pencirian kejuruteraan tanah, dan pencirian kejuruteraan batuan. Kesemua parameter ini digabungkan dan dianalisis bersama dengan peta taburan gelinciran tanah (LDM) bagi menjana sebuah peta bencana gelinciran tanah (LHM). LDM dihasilkan dari kajian lapangan dan penafsiran imej satelit untuk menandakan lokasi-lokasi gelinciran tanah. Ketiga, survei terhadap kemudahterancaman (fizikal, sosial dan persekitaran) dan kompilasi data sekunder terhadap elemen berisiko (populasi dan nilai harta benda) dijalankan untuk menghasilkan peta populasi (PM) dan peta nilai harta benda (PVM). Akhir sekali, peta risiko gelinciran tanah (LRiM) pula dihasilkan melalui pertindihan LHM, PM dan PVM. LHM bagi kawasan Kota Kinabalu mencadangkan 2.8% daripada keseluruhan kawasan dikategorikan sebagai bencana sangat rendah, 14.1% sebagai bencana rendah, 19.7% sebagai bencana sederhana, 51.6% sebagai bencana tinggi, 11.3% sebagai bencana sangat tinggi dan 0.4% sebagai bencana lampau tinggi. LRiM menunjukkan bahawa 13.1% daripada kawasan Kota Kinabalu adalah dalam zon berisiko sangat rendah, 20.3% dalam zon berisiko rendah, 16.1% dalam zon berisiko sederhana, 17.5% dalam zon berisiko tinggi, 23.1% dalam zon berisiko sangat tinggi dan 1.0% dalam zon berisiko lampau tinggi. Kawasan-kawasan dalam zon bencana rendah tidak bermaksud berisiko rendah terhadap gelinciran tanah, dan begitu juga sebaliknya. Penyelidikan ini menunjukkan kemampuan teknik GIS sebagai peralatan berintegrasi untuk mengendalikan data semi-kuantitatif dalam penyelidikan spatial LRA.

Item Type: Article
Creators: Rodeano Roslee, . and Tajul Anuar Jamaluddin, . and Mustapa Abd. Talip, .
Title: Aplikasi GIS dalam penaksiran risiko gelinciran tanah (LRA): Kajian kes bagi kawasan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Date: December 2011
Location: Geological Society of Malaysia website
Publication: Geological Society of Malaysia
Volume: 57
Physical Description: 15p.
Additional Information: GIS application in landslide risk assessment (LRA): A case study for the area around Kota Kinabalu City, Sabah, Malaysia
Agency Name: Universiti Putra Malaysia (UPM)
Date Deposited: 17 Apr 2025 07:18
Last Modified: 17 Apr 2025 07:18
URI: http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/22882

Actions (login required)

View Item View Item