Lee, Beng Huat and Umar Hamzah and Ahmad Jantan and Che Aziz Ali and Ibrahim Abdullah (2000) Penggunaan seismik pantulan cetek dalam kajian enapan Kuaterner di delta Sungai Pahang, Pekan, Pahang. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 44. pp. 59-67. ISSN 2637-109X
![]() |
Text
702001-100765-PDF.pdf Restricted to Repository staff only Download (740kB) |
Abstract
Seismik. pantulan merupakan kaedah geofizik yang biasa digunakan dalam pengimejan struktur bawah tanah. Dengan sedikit pengubahsuaian dari seismik. pantulan dalam, teknik ini mampu digunakan untuk kajian enapan Kuaterner di sekitar Pekan, Pahang. Teknik tingkap optimum digunakan untuk menentukan parameter-parameter lapangan terbaik untuk memperolehi data lapangan. Tukul dan dinamit digunakan untuk menghasilkan gelombang seismik. Isyarat gelombang pantulan dikesan oleh geofon yang berfrekuensi semula jadi 100 Hz dan 14 Hz dan dirakam oleh seismograf 24 saluran. Data lapangan kemudian diedit, diisih dan dikumpulkan mengikut tatacara titik kedalaman sepunya. Proses seterusnya melibatkan pembetulan aras, analisis halaju, timbunan, dikonvolusi dan migrasi untuk menghasilkan keratan rentas seismik. Keratan ini kemudian dipadankan dengan data lubang gerudi dan data-data lain untuk pentafsiran geologi secara keseluruhannya. Secara amnya, enapan Holosen merupakan enapan samudera yang berada pada kedalaman kurang dari 35 m. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak dapat ditunjukkan dalam keratan rentas sesimik. Pantulam selari yang beramplitud dan berfrekuensi tinggi dikesan pada kedalaman sekitar 35 m hingga 200 m dan mewakili enapan fluvial yang berusia Plesitosen. Pantulan-pantulan tersebut sebahagiannya telah mengalami penyesaran jenis normal, bersudut tinggi dan berbentuk listrik. Ciri-ciri pantulan seperti top lap dan kudung hakisan yang merupakan hasil kesan pembentukan palung kuno juga dicerap dalam julat kedalaman ini. Enapan Pleistosen ini menindih batuan dasar yang berbentuk tidak seragam. Batuan dasar ini menunjukkan pantulan bebas pada keratan rentas sesimik. Jenis batuan tidak diketahui lantaran kekurangan data mengenainya.
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Lee, Beng Huat and Umar Hamzah and Ahmad Jantan and Che Aziz Ali and Ibrahim Abdullah |
Title: | Penggunaan seismik pantulan cetek dalam kajian enapan Kuaterner di delta Sungai Pahang, Pekan, Pahang |
Date: | July 2000 |
Location: | Geological Society of Malaysia website |
Publication: | Geological Society of Malaysia |
Volume: | 44 |
Physical Description: | 9p. |
Agency Name: | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Date Deposited: | 27 Mar 2025 01:29 |
Last Modified: | 27 Mar 2025 01:29 |
URI: | http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/22822 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |