Baba Musta and W. Fuad W. Hassan and Mohamad Md. Tan. (1997) Kajian geokimia konkresi dan hubungannya dengan pembentukkan bauksit di kawasan Kuantan. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 40. pp. 47-55. ISSN 2637-109X
Text
702001-100889-PDF.pdf Restricted to Repository staff only Download (587kB) |
Abstract
Proses luluhawa kimia pada batuan basalt di kawasan Kuantan telah menghasilkan konkresi. Sebanyak 21 sampel konkresi tersebut yang diambil daripada 5 profil luluhawa telah dianalis kandungan unsur major dan unsur surih. Keputusan menunjukkan Al₂O₃ dan Fe₂O₃ merupakan unsur yang melimpah dengan julat kepekatan masing-masing 32.35%-52.23% dan 14.96%-33.99%. Kepekatan TiO₂ pula berjulat 3.03%-6.62% manakala SiO₂ berjulat bdl-8.07%. Unsur-unsur MgO, CaO, Na₂O dan K₂O kebanyakannya di bawah had pengesanan (bdl). SiO₂ , FeO, MnO dan P₂O₅ masih boleh dikesan dalam sampel tetapi kebanyakannya kurang daripada 1%. Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan data geokimia unsur major ialah konkresi tersebut adalah berkomposisi bauksit, dengan Al₂O₃, Fe₂O₃, SiO₂ dan TiO₂ sebagai unsur pembentuk mineral yang utama. Mineral yang melimpah dan dikesan mengikut pertambahan kelimpahannya ialah gibsit, hematit, goetit, kaolinit dan kuarza. Korelasi negatif yang kuat antara Fe₂O₃ lawan Al₂O₃ dan Al₂O₃ lawan TiO₂ mencadangkan pertambahan Al₂O₃ membentuk gibsit akan diikuti dengan pengurangan goetit dan anatas. Purata kepekatan masing-masing bagi Cr, Zn, Ni dan Cu dalam konkresi ialah 611 ppm, 35 ppm, 35 ppm dan 28 ppm. Korelasi positif yang ditunjukkan oleh plot graf Ni lawan Zn, Ni lawan Cu dan Zn lawan Cu dalam konkresi mencadangkan asosiasi unsur-unsur tersebut dalam bauksit, terutamanya dalam mineral gibsit dan goetit. Cr kemungkinan dijerap dalam gibsit, Fe-oksida dan kaolinit, dan juga boleh terdapat dalam kromit.
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Baba Musta and W. Fuad W. Hassan and Mohamad Md. Tan. |
Title: | Kajian geokimia konkresi dan hubungannya dengan pembentukkan bauksit di kawasan Kuantan |
Date: | July 1997 |
Location: | Geological Society of Malaysia website |
Publication: | Geological Society of Malaysia |
Volume: | 40 |
Physical Description: | 9p. |
Additional Information: | A geochemical study of concretions and their relationship with the formation of bauxite in the Kuantan area |
Agency Name: | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Date Deposited: | 11 Nov 2024 03:06 |
Last Modified: | 11 Nov 2024 03:06 |
URI: | http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/22464 |
Actions (login required)
View Item |