Rejahan ultrabes di kawasan Telupid: sifat geokimia dan tektoniknya

Baba Musta and Muhd. Barzani Gasim. (1997) Rejahan ultrabes di kawasan Telupid: sifat geokimia dan tektoniknya. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 40. pp. 37-45. ISSN 2637-109X

[img] Text
702001-100890-PDF.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (275kB)

Abstract

Hasil kajian analisis struktur geologi dan geokimia bagi kawasan Telupid, Sabah, didapati bahawa kawasan kajian telah dipengaruhi oleh beberapa kali pergerakan tektonik yang telah menyebabkan batuan ultrabes wujud dan tersingkap sebagai suatu jasad igneus yang padat tetapi rapuh. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis pergerakan sesar dan pembentukan satah-satah kekar hasil daripada canggaan yang telah berlaku, iaitu 2 sesar mendatar ke kanan, 6 sesar naik dan 8 pasang kekar ricih, yang menunjukkan perkaitan struktur yang sama di antara satu dengan yang lain. Empat arah daya mampatan yang telah bertindak ke atas batuan di kawasan kajian telah dikenal pasti berdasarkan kepada kedudukan satah-satah sesar dan kekar, yang didapati dengan menggunakan kaedah roset dan jaringan samaluas, adalah seperti berikut: • daya P₁ dan P₂ pada arah Baratlaut-Tenggara • daya P₃ pada arah Utara-Selatan • daya P₄ pada arah Timurlaut-Baratdaya Keputusan analisis geokimia menunjukkan unsur major yang melimpah dalam tanah ialah Fe₂O₃ (59.76%-70.18%), manakala kepekatan Al₂O₃, SiO₂ dan L.O.I. masing-masing ialah 7.79%-11.8%, 1.77%-7.70% dan 16.88%-18.7%. Secara perbandingan antara kepekatan dalam batuan segar dan tanah didapati Fe₂O₃ dan L.O.I. masing-masing ialah 10 kali dan 14 kali sebaliknya SiO₂ berkurang 30 kali. Kepekatan Cr dalam tanah ialah 16,460 ppm-18,279 ppm, Co pula ialah 608 ppm-665 ppm dan Nd ialah 68 ppm-69 ppm. Perbandingan dengan kandungan kepekatan unsur surih dalam batuan segar pula menunjukkan Cr dalam tanah bertambah sebanyak 8 kali, Co 6 kali dan Nd juga 6 kali. Korelasi (Fe₂O₃ + Al₂O₃) lawan L.O.I. dan Fe₂O₃ lawan Al₂O₃ adalah linear positif. Kedua-dua korelasi tersebut mencadangkan penguraian mineral pembentuk batuan dan diikuti dengan pembentukan mineral sekunder terutama Fe-oksida dan Al-oksida. Korelasi linear negatif yang ditunjukkan antara SiO₂ lawan Al₂O₃ mencadangkan mineral lempung tidak cenderung terbentuk dalam tanah. Fe₂O₃ lawan Cr dan Fe₂O₃ lawan Nd menunjukkan korelasi linear positif. Begitu juga dengan Al₂O₃ lawan Co. Korelasi tersebut boleh dijelaskan melalui proses jerapan Cr dan Nd oleh mineral Fe-oksida manakala jerapan Co oleh AI-oksida.

Item Type: Article
Creators: Baba Musta and Muhd. Barzani Gasim.
Title: Rejahan ultrabes di kawasan Telupid: sifat geokimia dan tektoniknya
Date: July 1997
Location: Geological Society of Malaysia website
Publication: Geological Society of Malaysia
Volume: 40
Physical Description: 9p.
Additional Information: The ultrabase sequence in the Telupid area: its geochemical and tectonic properties
Agency Name: Universiti Putra Malaysia (UPM)
Date Deposited: 11 Nov 2024 03:04
Last Modified: 11 Nov 2024 03:04
URI: http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/22463

Actions (login required)

View Item View Item