M. B. Gassim and Sanudin Tahir. (1995) Canggaan bertindan dalam Formasi Crocker di kawasan Tamparuli. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 38. pp. 49-61. ISSN 2637-109X
Text
702001-100926-PDF.pdf Restricted to Repository staff only Download (389kB) |
Abstract
Di km 7, Jalan Tuaran-Tamparuli ditemui singkapan Formasi Crocker sepanjang 300 m, terdiri dari selang seli batu pasir dan syal yang mempunyai berbagai nisbah ketebalan. Jujukan di sini dapat dibahagikan kepada unit arenit dan unit argilit. Daripada beberapa struktur sedimen dan bukti lapangan yang lain mendapati bahawa keadaan perlapisan adalah terbalik. Pergerakan tektonik yang pertama semasa Awal Miosen Tengah telah menyebabkan perlapisan tercangga dengan membentuk perlipatan daripada jenis lipatan terbuka sehingga lipatan rebah, yang mempunyai kedudukan satah paksi yang hampir sama dengan kedudukan satah-satah sesar naik, iaitu Tl-Bd. Akibat pengaruh tektonik yang berlaku kemudian telah menyebabkan batuan di atas tercangga sekali lagi pada arah yang berlawanan dengan canggaan sebelumnya, dengan membentuk struktur-struktur yang berjurus Bl-Tg. Akibat lebih daripada sekali canggaan yang telah berlaku, menyebabkan kawasan mempunyai taburan struktur yang agak rencam, sedangkan taburan kekar dan satah-satah ketakselanjarannya mempunyai ketumpatan yang tinggi. Keadaan ikIim, dimana curah hujan yang tinggi, disamping kesan batuan akibat canggaan di atas telah menyebabkan luluhawa berlaku dengan pantas yang seterusnya menyebabkan hakisan berjalan dengan kuat.
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | M. B. Gassim and Sanudin Tahir. |
Title: | Canggaan bertindan dalam Formasi Crocker di kawasan Tamparuli |
Date: | December 1995 |
Location: | Geological Society of Malaysia website |
Publication: | Geological Society of Malaysia |
Volume: | 38 |
Physical Description: | 13p. |
Additional Information: | Stacked unconformities in the Crocker Formation in the Tamparuli area |
Agency Name: | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Date Deposited: | 11 Nov 2024 01:43 |
Last Modified: | 11 Nov 2024 01:43 |
URI: | http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/22414 |
Actions (login required)
View Item |