Nuur Hani Mohammed and Wan Zuhairi Wan Yaacob (2022) Penggunaan abu terbang dalam penyingkiran logam berat daripada saliran lombong berasid. Bulletin of the Geological Society of Malaysia (73). pp. 171-179. ISSN 2637-109X
Full text not available from this repository.Abstract
Saliran lombong berasid (SLB) mengandungi kepekatan logam berat bertoksik dengan keasidan yang tinggi. Kepekatan logam berat yang tinggi dalam SLB mempunyai potensi sebagai sumber pencemaran utama yang memberi kesan kepada kehidupan manusia, akuatik dan sumber semula jadi yang lain. Dalam kajian ini, penyingkiran logam berat telah dilakukan dengan menggunakan bahan sisa industri berkos rendah iaitu abu terbang. Keupayaan penjerapan abu terbang ditentukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu penjerapan berkelompok dan ujian rawatan tangki. Kajian terhadap kesan kuantiti dos, pH dan kepekatan logam berat telah dilakukan. Abu terbang terdiri daripada mineral karbonat (>50%) yang berpotensi tinggi sebagai bahan penjerap untuk merawat saliran berasid. Kadar penjerapan maksimum bagi abu terbang berlaku pada nilai pH 5 bagi Pb, pH 7 bagi Zn dan pH 3 bagi Cu. Keupayaan penjerapan juga semakin meningkat dengan pertambahan dos. Abu terbang yang merupakan bahan beralkali tinggi akan merawat dan meneutralkan larutan SLB daripada fasa berasid (pH 2.11) kepada fasa neutral (pH 7.09). Peningkatan nilai pH semasa proses rawatan juga akan meningkatkan keupayaan penyingkiran logam berat.
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Nuur Hani Mohammed and Wan Zuhairi Wan Yaacob |
Title: | Penggunaan abu terbang dalam penyingkiran logam berat daripada saliran lombong berasid |
Date: | May 2022 |
Location: | Geological Society of Malaysia Website |
Publication: | Bulletin of the Geological Society of Malaysia |
Number: | 73 |
Physical Description: | 9p. |
Additional Information: | Utilization of fly ash in heavy metal removal from acid mine drainage |
Agency Name: | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Date Deposited: | 12 Aug 2024 07:54 |
Last Modified: | 12 Aug 2024 07:54 |
URI: | http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/21938 |
Actions (login required)
View Item |