Che Siti Noor Koh Poh Lee and Rabieahtul Abu Bakar and Sarah Aziz and Mohd. Raihan Taha (2022) Pengurusan risiko bencana tanah runtuh di Semenanjung Malaysia. Bulletin of the Geological Society of Malaysia (73). pp. 23-33. ISSN 2637-109X
Full text not available from this repository.Abstract
Bencana tanah runtuh merupakan salah satu bencana utama yang dihadapi di Malaysia. Insiden tanah runtuh masih berlaku walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk menanganinya. Bencana tanah runtuh boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Proses pembangunan dan faktor perubahan iklim mendedahkan lagi risiko bencana tanah runtuh. Manuskrip ini melihat secara ringkas faktor penyebab bencana tanah runtuh, mengenalpasti keperluan asas dalam pendekatan pengurusan risiko bencana tanah runtuh, meneliti pendekatan pengurusan risiko bencana tanah runtuh serta mencadangkan opsyen pengukuhan pengurusan risiko bencana tanah runtuh di Semenanjung Malaysia. Pengurusan risiko adalah langkah terbaik untuk mengurangkan kejadian tanah runtuh melalui pengenalpastian bahaya, keterdedahan dan elemen berisiko yang boleh mengelakkan kemudahterancaman dan bahaya tanah runtuh daripada menjadi bencana. Hasil kajian mendapati pendekatan risiko bencana tanah runtuh di Semenanjung Malaysia masih belum mengambilkira pengurusan risiko bencana tanah runtuh sepenuhnya. Pertimbangan terhadap keperluan mandat perundangan dan institusi, pengezonan kawasan bahaya dan risiko bencana, mekanisme pemindahan risiko dan peruntukan kewangan perlu diberi perhatian mendalam. Antara langkah utama yang perlu diambil ialah menentukan punca kuasa untuk menerapkan aspek pengurusan risiko di dalam instrumen perundangan sedia ada, untuk membantu menentukan mandat, bidang kuasa dan tanggungjawab. Ini akan membantu mengesyorkan proses membuat keputusan berasaskan maklumat risiko, dan mengukuhkan proses penyediaan peta risiko bencana serta pangkalan data yang komprehensif menggunakan inventori risiko dan daftar tanah runtuh. Ia juga akan membantu dalam penyediaan sistem amaran awal dan tindakbalas kecemasan serta mengukuhkan penglibatan komuniti, kesedaran dan pendidikan awam. Kesemua ini, memerlukan pendekatan pengurusan risiko bencana tanah runtuh yang holistik. Ini akan membantu usaha kerajaan dan pihak berkepentingan menerapkan empat bidang keutamaan Kerangka Sendai bagi Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030 yang merupakan pendekatan yang efektif untuk mengurangkan risiko bencana tanah runtuh.
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Che Siti Noor Koh Poh Lee and Rabieahtul Abu Bakar and Sarah Aziz and Mohd. Raihan Taha |
Title: | Pengurusan risiko bencana tanah runtuh di Semenanjung Malaysia |
Date: | May 2022 |
Location: | Geological Society of Malaysia Website |
Publication: | Bulletin of the Geological Society of Malaysia |
Number: | 73 |
Physical Description: | 11p. |
Additional Information: | Disaster risk management of landslides in Peninsular Malaysia |
Agency Name: | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Date Deposited: | 12 Aug 2024 02:31 |
Last Modified: | 12 Aug 2024 02:31 |
URI: | http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/21927 |
Actions (login required)
View Item |