Nur Syazwani Izzati Abdul Rahim and Mohd Hariri Arifin and Muhammad Hasiib Mansor and Mohammad Noor Akmal Anuar and Nordiana Mohd Muztaza (2022) Pencirian air panas Lojing, Gua Musang, Kelantan dari aspek geosains. Bulletin of the Geological Society of Malaysia (74). pp. 123-134. ISSN 2637-109X
Full text not available from this repository.Abstract
Kajian dijalankan bagi mengenal pasti dan menentukan hubungan antara geologi, geofizik dan geokimia kawasan kajian. Survei geofizik dijalankan bagi mendapatkan profil lapisan bawah tanah untuk dikaitkan dengan analisis lineamen. Hasil kaedah graviti menunjukkan kawasan batuan dasar granit yang hampir dengan permukaan mempunyai nilai anomali graviti yang tinggi manakala kawasan batuan berketumpatan rendah beserta dengan kehadiran lineamen mempunyai nilai anomali graviti rendah. Hasil survei keberintangan elektrik dan pengkutuban teraruh menunjukkan kawasan kajian didasari dengan batuan granit, membuktikan bahawa air panas ini adalah asalan bukan volkanik di mana tiada aktiviti atau batuan volkanik yang dijumpai di sekitar kawasan kajian. Nilai keberintangan yang dicatatkan bagi batuan dasar granit melebihi 900 Ωm. Berdasarkan profil keberintangan dapat ditentukan zon takungan air atau zon retakan yang menunjukkan nilai keberintangan antara 0 Ωm hingga 250 Ωm. Hasil analisis lineamen menunjukkan arah linemaen yang selari seperti yang ditunjukkan pada profil survei keberintangan dan survei graviti iaitu berarah Timur Laut-Barat Daya, Barat Laut-Tenggara dan Utara-Selatan. Melalui data log lubang gerudi juga menunjukkan kawasan kajian didasari dengan batuan granit dan sumber air panas di kawasan ini berpunca dari akuifer terkekang. Hasil analisis geokimia pula menunjukkan purata kepekatan unsur adalah seperti berikut; silika 277 ppm, kalsium 2.00 ppm, magnesium 0.14 ppm, kalium 2.3 ppm, sodium 29 ppm, ferum 0.12 ppm, bikarbonat 41 ppm, sulfat 18 ppm, klorida 1.5 ppm dan fluorida 2.9 ppm. Hasil pengiraan geotermometri kuarza menunjukkan purata suhu 203°C, manakala geotermometri kalsedoni menunjukkan purata suhu 177°C. Entalpi untuk memanaskan air yang dikira dari geotermometri kuarza menggunakan Steam Table pula menunjukkan purata 864 kJ/kg yang boleh ditafsirkan sebagai entalpi tahap pertengahan. Keadaan geologi kawasan air panas yang ditunjukkan di dalam peta geologi dan peta analisis lineamen membuktikan perkaitan dengan hasil survei geofizik melalui kaedah keberintangan elektrik serta kaedah graviti dan data log lubang gerudi.
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Nur Syazwani Izzati Abdul Rahim and Mohd Hariri Arifin and Muhammad Hasiib Mansor and Mohammad Noor Akmal Anuar and Nordiana Mohd Muztaza |
Title: | Pencirian air panas Lojing, Gua Musang, Kelantan dari aspek geosains |
Date: | November 2022 |
Location: | Geological Society of Malaysia Website |
Publication: | Bulletin of the Geological Society of Malaysia |
Number: | 74 |
Physical Description: | 12p. |
Additional Information: | Characterization of Lojing hot springs, Gua Musang, Kelantan from geosciences aspects |
Agency Name: | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Date Deposited: | 12 Aug 2024 01:48 |
Last Modified: | 12 Aug 2024 01:48 |
URI: | http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/21912 |
Actions (login required)
View Item |