Hamzah Hussin and Mohd Hariri Arifin (2023) Sistem pengelasan jasad batuan untuk jasad batuan dalam penerowongan dan pembinaan bawah tanah – Pembangunan, kekangan dan keperluan masa hadapan. Bulletin of the Geological Society of Malaysia (75). pp. 13-23. ISSN 2637-109X
Full text not available from this repository.Abstract
Dalam dekad terakhir ini, penggunaan sistem pengelasan jasad batuan dalam rekabentuk kejuruteraan telah digunakan secara intensif. Kebimbangan mengenai potensi kegagalan yang boleh berlaku secara tempatan atau global pada sesebuah jasad batuan yang boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh geologi (contoh; ketakselanjaran, air, luluhawa) dan bukan geologi (contoh; beban binaan, gegaran) perlu diberi perhatian serius. Kemampuan sistem pengelasan untuk menunjukkan keadaan jasad batuan secara ringkas dan efektif sangat membantu dalam kerja- kerja kejuruteraan. Terdapat dua keadaan sistem pengelasan digunakan untuk pembinaan bawah tanah iaitu aktiviti penerowongan dan perlombongan. Bagi pembinaan terowong, sistem seperti Rock Mass Rating / Perkadaran Jasad Batuan (RMR), Sistem Q, Kaedah Japanese Highway (JH), Geological Strength Index / Indeks Kekuatan Geologi (GSI) dan Rock Mass Quality Rating / Perkadaran Kualiti Jasad Batuan (RMQR) merupakan sistem yang biasa digunakan. Walau bagaimanapun, kelemahan sistem tersebut ialah ketidaksesuaian digunakan untuk jasad batuan yang terlindung akibat litupan shotcrete kerana kekangan untuk mendapatkan maklumat satah ketakselanjaran. Kelemahan ini menyebabkan perlunya satu kaedah kajian dan sistem pengelasan jasad batuan yang baru untuk mengatasi kekurangan tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Hamzah Hussin and Mohd Hariri Arifin |
Title: | Sistem pengelasan jasad batuan untuk jasad batuan dalam penerowongan dan pembinaan bawah tanah – Pembangunan, kekangan dan keperluan masa hadapan |
Date: | May 2023 |
Location: | Geological Society of Malaysia Website |
Publication: | Bulletin of the Geological Society of Malaysia |
Number: | 75 |
Physical Description: | 11p. |
Additional Information: | Rock mass classification for rock mass in tunnelling and underground excavation - Development, limitation and way forward |
Agency Name: | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Date Deposited: | 12 Aug 2024 01:28 |
Last Modified: | 12 Aug 2024 01:28 |
URI: | http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/21890 |
Actions (login required)
View Item |