Rosliza Jajuli, . (2023) Memperkasa Perkhidmatan Ekosistem untuk Kelestarian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Syarahan Perdana . Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). ISBN 978-967-936-756-0
|
Text
Memperkasa Perkhidmatan Ekosistem untuk Kelestarian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (February 2023).pdf Restricted to Repository staff only Download (20MB) |
Abstract
Kepelbagaian biologi merupakan sumber perkhidmatan dan fungsi ekosistem penting termasuk pemuliharaan tanah, kitaran air, pendebungaan, kawalan perosak dan penyakit, penyerapan karbon dan penetapan nitrogen yang menjadi kunci kepada keterjaminan nutrisi, makanan dan kelestarian industri pertanian negara. Millennium Ecosystem Assessment (MA 2005) menekankan bahawa manusia mendapat manfaat dalam pelbagai cara daripada ekosistem. Secara kolektif, faedah ini dikenali sebagai perkhidmatan ekosistem. Pengarusperdanaan biodiversiti dalam Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan menggalakkan integrasi perkhidmatan ekosistem dan biodiversiti dengan pertanian dan meminimumkan penggunaan agrokimia. Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021 – 2030) menekankan matlamat sektor agromakanan yang terdiri daripada elemen ekonomi, sosial dan alam sekitar akan menjadi sasaran utama yang ditetapkan untuk dicapai menjelang tahun 2030. Isu dan cabaran global berkaitan kekurangan sumber asli sebagai contoh kawasan untuk pertanian menjadi terhad kerana penanaman melalui penebangan hutan memberi kesan buruk kepada alam sekitar seperti hakisan tanah dan mengurangkan kualiti air. Pertanian juga menyumbang kira- kira 71% daripada penggunaan air tawar di seluruh dunia dan merupakan salah satu penyumbang utama kepada pencemaran air daripada penggunaan racun perosak dan bahan cemar lain. Pendekatan berasaskan ekosistem terhadap pengeluaran dan pengurusan pertanian menawarkan pilihan yang berdaya maju untuk pertumbuhan produktiviti pertanian yang mampan. Pertanian organik merupakan contoh amalan pertanian baik yang boleh mengurangkan tekanan terhadap ekosistem semula jadi dan biodiversiti termasuk pengurusan tanah yang mampan untuk meningkatkan kandungan bahan organik, perlindungan pendebunga dan pemangsa perosak dengan menanam jalur bunga dan pendekatan kejuruteraan ekologi. Sistem pertanian organik membina dan meningkatkan proses ekologi, biodiversiti dan kitaran semula jadi yang disesuaikan dengan keadaan setempat.
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Creators: | Rosliza Jajuli, . |
| Title: | Memperkasa Perkhidmatan Ekosistem untuk Kelestarian Pertanian dan Keterjaminan Makanan |
| Date: | 2023 |
| Location: | Malaysia Biodiversity Information Systems (MyBIS) Website |
| Publication: | Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) |
| Physical Description: | 32p. |
| Agency Name: | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
| Date Deposited: | 05 May 2026 02:59 |
| Last Modified: | 05 May 2026 02:59 |
| URI: | http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/24261 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

