Biodiversiti serangga ranting di Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang, Johor, Malaysia

Dahalan, Zahidah and Yahya, Bakhtiar Effendi and Mahyudin, Azniza and Ahmad, Abdul Hamid (2014) Biodiversiti serangga ranting di Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang, Johor, Malaysia. [Journal / Magazine]

[img] PDF
6 BIODIVERSITI SERANGGA RANTING DI REZAB HIDUPAN LIAR ENDAU KLUANG, JOHOR.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Abstract

Kajian inventori serangga ranting telah dijalankan di Hutan Simpan Endau-Kluang, Johor semasa Inventori Biodiversiti Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang, Johor pada 28 Oktober hingga 1 November 2008. Persampelan telah dilakukan secara pencarian oportunistik di sepanjang trail-trail kajian. Sebanyak 18 spesies (42 individu) telah berjaya direkodkan yang merangkumi empat famili iaitu Heteronemiidae, Aschiphasmatidae, Phasmatidae dan Bacillidae. Daripada jumlah ini Famili Heteronemiidae merupakan famili dominan (83 %) dengan kepelbagaian spesies yang paling tinggi iaitu 15 spesies. Manakala tiga famili yang lain direkodkan sebanyak satu spesies bagi setiap famili. Famili Heteronemiidae merupakan famili yang terbesar dalam order Phasmida. Kebanyakan spesies dari famili tersebut biasanya dapat ditemui di mana-mana hutan tropika. Spesies yang paling tinggi kelimpahan ialah Abrosoma johorensis diikuti oleh Lonchodes sp, Prisomera malaya, Diesbachia tamyris dan Pylaemenes mitratus. Senarai serangga ranting yang diperolehi dalam kajian ini merupakan senarai yang pertama kali dilaporkan bagi kawasan Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang, Johor.

Item Type: Journal / Magazine
Creators: Dahalan, Zahidah and Yahya, Bakhtiar Effendi and Mahyudin, Azniza and Ahmad, Abdul Hamid
Title: Biodiversiti serangga ranting di Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang, Johor, Malaysia
Date: 2014
Location: "Department of Wildlife and National Parks - Perhilitan website
Publication: Department of Wildlife and National Parks - Perhilitan
Volume: 27
Physical Description: 6p.
Agency Name: Universiti Putra Malaysia (UPM)
Date Deposited: 15 Nov 2019 01:14
Last Modified: 20 Dec 2019 04:24
URI: http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/14429

Actions (login required)

View Item View Item