Pengenalan

Pengenalan

Bank Data UPM ini ditubuhkan hasil daripada memorandum persefahaman antara Jabatan Perangkaan Malaysia (JP) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Memorandum persefahaman ini dibuat pada 24 Mac 2016 yang meliputi bidang kerjasama dalam penyelidikan dan perkongsian ilmu statistik.

Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) telah menyerahkan tanggungjawab menguruskan perkhidmatan data mikro kepada Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS). Seksyen Perkhidmatan Penyelidikan, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan dan Maklumat (BPPM), PSAS diberi tanggungjawab untuk menguruskan perkhidmatan data mikro JP di UPM.

Borang Permohonan Data