Struktur komuniti pokok di rintis Guntung Keriung Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang, Malaysia.

B., Norsiah and W.A., Wan Juliana and M.S., Mohd Nizam (2014) Struktur komuniti pokok di rintis Guntung Keriung Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang, Malaysia. [Journal / Magazine]

[img] PDF
12 STRUKTUR KOMUNITI POKOK DI RINTIS GUNTUNG KERIUNG TAMAN NEGERI ENDAU-ROMPIN, PAHANG.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Abstract

Satu kajian bagi menentukan komposisi, kepelbagaian dan biojisim pokok telah dijalankan di dalam plot seluas 0.7 hektar di sepanjang rintis Gunung Guntung Keriung ke Padang Tujuh, Taman Negeri Endau Rompin (TNER), Pahang. Penyelidikan berkenaan komposisi flora kurang dijalankan di TNER yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang unik dan menarik, menyebabkan kajian ini dijalankan bagi memenuhi sebahagian maklumat yang belum dipenuhi untuk dijadikan panduan bagi kajian yang seterusnya dan menjadi salah satu daya tarikan dalam aktiviti ekopelancongan negeri Pahang. Persampelan secara sistematik iaitu kaedah transek berselang telah digunakan. Lapan plot bersaiz 50 x 20 m dibina pada setiap 100 m di sepanjang transek. Pesampelan tumbuhan diambil mengikut plot yang telah dibina dan dianalisis secara kuantitatif. Sejumlah 1152 individu pokok berdiameter pada paras dada (dbh) 5 cm dan ke atas telah di rekodkan dengan menggambarkan kepadatan pokok sebanyak 1440 pokok/ha. Komposisi pokok terdiri daripada 324 spesies, 154 genus dan 55 famili. Syzygium sp. merupakan spesies yang paling dominan dengan Nilai Indeks Kepentingan (IVi) 3.95. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener (H’) bernilai 4.76, Indeks Kedominan Simpson’s (l) bernilai 0.012 dan Indeks Keseragaman (E) bernilai 0.91 menunjukkan kepelbagaian spesies di kawasan kajian adalah tinggi dalam situasi kelimpahan hampir sama rata dengan kedominan spesies adalah rendah. Biojisim atas tanah dianggarkan 400.17 tan/ha.

Item Type: Journal / Magazine
Creators: B., Norsiah and W.A., Wan Juliana and M.S., Mohd Nizam
Title: Struktur komuniti pokok di rintis Guntung Keriung Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang, Malaysia.
Date: 2014
Location: Department of Wildlife and National Parks - Perhilitan website
Publication: Department of Wildlife and National Parks - Perhilitan
Volume: 27
Physical Description: 8p.
Agency Name: Universiti Putra Malaysia (UPM)
Date Deposited: 15 Nov 2019 01:23
Last Modified: 15 Nov 2019 01:23
URI: http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/14435

Actions (login required)

View Item View Item